nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Thursday 27 March 2014

KOMPOSISI: SUDUT PANDANG KAMERA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kalian...

Foto yang menarik adalah foto yang boleh menunjukkan elemen cerita, emosi, memberi makna, kuasa dan memberikan keunikan yang tersendiri. Untuk entri kali ini, saya ini menceritakan satu lagi elemen dalam menentukan komposisi foto sama ada menarik atau tidak. Elemen tersebut dikenali sebagai angle of view atau sudut pandang gambar.

     Dalam fotografi, sudut pengambilan gambar yang berbeza memberi kesan menghasilkan foto yang memiliki nilai atau kesan yang berbeza. Terdapat lima sudut pandang gambar yang boleh anda praktikkan ketika mengambil gambar. Lima sudut tersebut adalah:


  1. Bird Eye
  2. High Angle
  3. Eye Level
  4. Low Angle
  5. Frog Eye


1. Bird Eye
Semasa pengambilan gambar ini, kedudukan objek berada di bawah atau lebih rendah daripada photographer berdiri, manakala kamera dihalakan ke bawah untuk mengambil gambar objek. Biasanya sudut ini digunakan untuk memberi kesan kemegahan kepada photographer berbanding kepada objek yang dirakam di dalam gambar tersebut.

2. High Angle
Sudut pandangan tinggi di mana photographer berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada objek. Ianya sesuai untuk melihat seluruh pemandangan di sekitar objek. 

3. Eye level
Sudut pandangan di mana objek dan kamera di kedudukan yang sejajar seperti saling berpandangan mata. Biasanya digunakan untuk memberi kesan menyeluruh dan merata terhadap background sesebuah objek, menonjolkan sisi ekspresi dari sebuah objek.

4. Low Angle
Dalam sudut ini, pengambilan gambar dilakukan dari bawah di mana objek lebih tinggi dan kedudukan kamera. Kamera pula dihalakan ke atas menghadap ke objek. Sudut pengambilan gambar ini digunakan untuk merakam struktur sesebuah bangunan agar terlihat gah, kukuh dan tinggi menjulang.

5. Frog Eye
Ianya bermaksud sudut penglihatan separas mata katak. Pada posisi ini, kamera berada di dasar bawah hampir dengan tanah dan tidak dihalakan ke atas. Biasanya sudut ini sesuai untuk merakam pemandangan flora dan fauna. 


No comments:

Post a Comment