nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Tuesday 25 March 2014

KOMPOSISI: MENCARI KOMPOSISI FOTO YANG TERBAIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Apakah maksud komposisi? Komposisi dalam Kamus Bahasa Melayu bermaksud campuran atau gabungan untuk membentuk sesuatu bahan yang lain. Jadi maksud komposisi dalam fotografi adalah gabungan beberapa elemen yang menjadi sesuatu foto menjadi indah dan menarik untuk dilihat dan dinikmati. Dr Jamaludin telah menerangkan mengenai komposisi dalam fotografi dan memberikan beberapa elemen dalam menghasilkan komposisi foto yang menarik dan sememangnya terbaik. Mana-mana photograher akan menggunakan elemen-elemen ini untuk menghasilkan foto yang terbaik.

    Ada bermacam-macam elemen dalam menentukan komposisi foto yang baik tetapi di sini saya sertakan lima elemen yang telah dipelajari di dalam kelas MPT1483. Lima elemen tersebut adalah:

  1. Simplicity (Kesederhanaan/Keringkasan)
  2. The rule of thirds
  3. Lines (Garisan)
  4. Balance (Keseimbangan)
  5. Framing (Bingkai)


1. Simplicity (Kesederhanaan/Keringkasan)
'Simple' bermaksud bermaksud ringkas atau bersederhana. Maksudnya, bersederhana dalam memilih dan menonjolkan subjek di dalam gambar anda. Memfokuskan pada satu atau dua subjek ketika mengambil gambar adalah lebih baik daripada menonjolkan banyak subjek dalam satu gambar. Gambar yang terlalu banyak subjek akan menjadi terlalu penuh atau 'crowded' jadi subjek utama yang cuba ditonjolkan itu tenggelam.

Contoh 1: subjek terlalu banyak. Tidak tahu yang mana subjek utama


Contoh 2: gambar telah dibaiki. Lebih baik dari Contoh 1


     Salah satu cara dalam menerbitkan gambar yang simple tapi menarik adalah dengan mem'blur'kan latarbelakang gambar dan memfokuskan pada subjek yang diingini ataupun dengan mencari latarbelakang yang kosong atau'plain' supaya subjek utama dapat diketengahkan.

Gambar berunsur satu subjek dan latarbelakang kosong adalah elemen simplicity.




2. The Rule of Thirds


The rule of thirds

The rule of thirds atau boleh saya katakan sebagai teknik mengambil satu per tiga gambar subjek di mana subjek ditempatkan di bahagian 1/3 atau 2/3 keseluruhan gambar. Elemen ini menggunakan konsep di mana foto dibahagikan kepada tiga bahagian untuk keadaan melintang dan tiga bahagian untuk keadaan memanjang. Caranya adalah dengan mencipta dua garisan melintang dan dua lagi garisan memanjang dalam khayalan anda. Ini menghasilkan grid dengan 9 bahagian dalam imej foto.

Dua garisan melintang dan memanjang khayalan di skrin gambar


     Elemen ini sangat popular digunakan oleh kebanyakkan photographer dalam melahirkan komposisi yang menarik. Titik persilangan antara dua garisan melintang dan memanjang adalah pusat kepentingan (center of interest) untuk menempatkan subjek.

 
Garisan melintang dan memanjang akan menghasilkan 4 titik persilangan 


     Caranya adalah menempatkan subjek anda di satu daripada empat titik persilangan tersebut. Ataupun dengan meletang subjek di atas garisan-garisan tersebut. Lihat contoh-contoh di bawah ini untuk anda lebih memahami elemen the rule of thirds ini.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3


Contoh

Contoh 5

Contoh 6


     Ataupun, cara lain mengunakan grid ini adalah memenuhi subjek dalam 1/3 atau 2/3 daripada gambar dan ianya juga dikira sebagai teknik fotografi mengikut elemen 'the rule of thirds'.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3



3. Lines (Garisan)
Gambar yang menraik dapat menonjolkan garisan dari imej yang dirakam. Dengan garisan juga sesuatu gambar dapat menarik penonton untuk menyelami cerita disebaliknya.

     Pelbagai jenis garisan yang boleh ditonjolkan dalam gambar. Antaranya ialah garisan diagonal, garisan melengkung, garisan 'S', garisan melintang dan garisan memanjang. Antara yang popular adalah garisan 'S' dan garisan melintang/horizon dan memanjang/menegak.

Garisan diagonal. Subjek pejalan kaki cuba ditonjol

Garisan melengkung

Garisan 'S'

Garisan melintang/horizon

Garisan menegak




4. Balance (Keseimbangan)
Keseimbangan adalah salah satu elemen dalam menghasilkan komposisi gambar yang baik. Keseimbangan di sini bermaksud susunan bentuk, warna atau kawasan terang dan gelap dalam gambar yang melengkapi antara satu sama lain supaya gambar nampak seimbang. Pelbagai cara untuk mendapatkan elemen keseimbangan yang baik dalam satu komposisi gambar. Dua cara yang mudah adalah mereka keseimbangan simetri dan keseimbangan tidak simetri. Contohnya seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.


1) Keseimbangan Simetri

Contoh 1

\
Contoh 2

Contoh 3



2) Keseimbangan tidak bersemetri

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3




5. Framing (Bingkai)
Elemen bingkai atau framing adalah teknik dalam fotografi di mana caranya ialah dengan menutupi sebahagian imej yang ingin difokuskan dengan sesuatu di hadapan seakan-akan bingkai gambar. Teknik ini dipercayai menarik perhatian penonton kepada subjek utama dalam gambar yang diambil.

     Ada banyak cara untuk membuat framing. Anda boleh meletakkkan bingkai di sekeliling imej atau di bahagian atas, bawah, atau tepi gambar yang ingin diberi perhatian. Framing boleh dilakukan secara semula jadi dan boleh juga dicipta.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5





Komposisi foto yang baik adalah dengan menampilkan beberapa elemen yang diterangkan tadi. Latihan untuk anda. Cuba lihat gambar di bawah ini. Apakah elemen yang terdapat di dalamnya? Sekian...



No comments:

Post a Comment