nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Monday 24 February 2014

JENIS-JENIS KAMERA

Kamera sekarang datang dengan pelbagai saiz, bentuk, rupa dan warna mengikut cita rasa pelanggan masa kini. Kebanyakan kamera yang berada di pasaran adalah jenis digital. Tidak seperti kamera filem, kamera digital yang wujud pada masa kini mempunyai pelbagai fungsi untuk keselesaan pengguna. Kamera digital berfungsi untuk merakam imej dan video, boleh mengekod dan menyimpan dalam bentuk digital untuk kegunaan di kemudian hari. 

Antara jenis kamera digital yang berada di pasaran sekarang adalah jenis:
  1. compact digital cameras
  2. digital single-lens reflex cameras
  3. mirrorless system cameras
  4. bridge cameras

1. Compact Digital Cameras


model-model kamera poket

Compact cameras atau dikenali dengan nama lain seperti kamera 'Point and Shoot' atau kamera poket adalah kamera digital yang bersaiz kecil, senang dan sesuai di bawa untuk situasi yang kasual. Kamera poket direka untuk kemudahan pengguna yang tidak tahu menggunakan kamera. Kebanyakan kamera poket bersifat 'automatic mode' di mana semua penetapan lensa dikendalikan oleh kamera itu sendiri. Jadi, pemakai hanya menekan punat shoot untuk memetik gambar. Sebab itulah diberi nama kamera 'point and shoot'. 

Lensa untuk kamera poket tidak boleh ditukar kerana biasanya ianya berada di dalam badan kamera dan ianya juga tidak boleh dizoom. Kamera poket biasanya mempunyai sensor yang kecil bersesuaian dengan saiz kamera yang kecil. Oleh kerana saiz sensor yang kecil, kualiti imej tentulah berdepan dengan masalah 'crop factor' yang lebih besar. Kamera poket juga disediakan dengan 'flash' tetapi dalam kemampuan yang terbatas, maksudnya hanya digunakan untuk objek yang berdekatan. 

Harga kamera poket adalah lebih murah berbanding dengan kamera jenis lain iaitu dalam lingkungan RM300++ . Walaupun kamera poket dilihat mempunyai banyak kelemahan dari segi kualiti imej yang terhasil, tetapi kamera poket menjadi pilihan ramai kerana saiznya yang kecil, mudah dibawa, mesra pengguna dan harganya yang murah.



2. Digital Single-Lens Reflex (DSLR) Cameras


Model-model kamera DSLR

Kamera DSLR diberikan nama bersempena dengan bagaimana mekanisme dalam kamera ini bekerja untuk menghasilkan imej foto. Komponen-komponen dalam kamera DSLR terdiri daripada beberapa siri cermin dan prisma yang berfungsi untuk memantulkan cahaya atau imej dari lensa kamera ke sensor dan viewfinder. Viewfinder adalah lubang kecil yang berada dibelakang kamera untuk mengintip objek/imej yang ingin ditangkap. Jadi kelebihan kamera DSLR yang tidak ada di kamera poket adalah kamera DSLR mempunyai viewfinder di mana imej dapat dirakam di viewfinder dan sensor secara langsung dari satu lensa yang sama. Dengan menggunakan hanya satu lensa yang sama, photographer dapat melihat imej yang ingin ditangkap di viewfinder di mana viewfinder memberikan imej yang hampir sama dengan imej yang berada di sensor dalam kamera. Konsep pantulan (reflex) dan penggunakan satu lensa yang sama untuk merakam imej di viewfinder dan sensor menyebabkan kamera jenis ini digelar 'single-lens reflex'.


1. Camera lens
2. Reflex mirror
3. focal-plane shutter
4. Sensor image
5. Mattle focusing screen
6. Condenser lens
7. Pentaprism/pentamirror
8. Viewfinder eyepiece

Biasanya sensor dalam kamera DSLR lebih besar dari semua jenis kamera yang lain. Ingat ye bahawa sensor yang lebih besar akan menghasilkan kualiti imej yang lebih tinggi. Disebabkan komponen-komponen dalam kamera DSLR yang lebih kompleks, DSLR datang dalam bentuk yang lebih besar dan llebih berat jadi ianya agak sukar untuk dibawa ke mana-mana. Kamera DSLR boleh diset kepada auto, semi auto atau manual bergantung kepada kemahuan dan kemampuan pemakai. Lensanya boleh ditukar ganti, dan lensanya boleh dizoom tanpa mencacatkan kualiti imej foto.

Kamera DSLR dipasaran datang dengan 3 pilihan:

  1. Entry-level (Amateur)
  2. Mid-range (Intermediate)
  3. Advanced (Profesional photographer)

Harga untuk sebuah kamera DSLR adalah dalam lingkungan RM1800++ dan boleh mencecah RM20 000++ untuk DSLR jenis Advanced cameras. Mengapa harga untuk kamera advanced sangat tinggi? Salah satu sebab adalah saiz sensor. Biasanya profesional photographer mahukan saiz sensor yang berkemampuan full frame. Jadi, sangguplah untuk mereka membeli DSLR yang berpuluh-puluh ribu untuk mendapatkan hasil imej yang terbaik. Rasanya tajuk 'saiz sensor dan crop factor' ini perlukan entri yang lain untuk diterangkan dengan lebih lanjut.



3. Mirrorless System Cameras (MSC)


Model-model mirrorless system cameras

Nama lain untuk MSC adalah compact system camera (CSC), mirrorless interchangeable-lens system (MILC), digital single lens mirrorless(DSLM), digital interchangeable-lens system camera dan elecronic viewfinderwith interchangeable lens (EVIL). MSC seakan-akan kamera poket dan kamenra DSLR. Saiznya besar sedikit daripada kamera poket tetapi lebih kecil daripada kamera DSLR. Ianya digelar 'mirrorless' kerana kamera ini tidak mempunyai pemasangan cermin seperti yang terdapat di dalam kamera DSLR. Sebab itu, MSC bersaiz lebih kecil daripada DSLR, jadi lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Walaupun bersaiz seperti kamera poket, MSC menyediakan lensa lekap yang boleh ditukar ganti seperti kamera DSLR. Sensor dalam MSC lebih besar dari kamera poket. Kamera ini juga boleh disetkan kepada kawalan manual seperti DSLR. Kecanggihan MSC boleh dikira setanding dengan DSLR dari segi kualiti imej dan tidak mustahil suatu hari nanti mampu menggantikan kamera-kamera DSLR yang sedia ada.


Kecanggihan teknologi MSC setanding dengan kamera DSLR


Contoh model kamera: Panosonic Lumix DMC-GF1, Olympus PEN EP3, E-PL5, Sony NEX-5, Nikon 1VI dll.



4. Bridge Cameras (BC)

Model-model bridge cameras

BC adalah kamera digital yang bersifat antara kamera poket dan kamera DSLR. Seperti MSC, kamera ini juga mempunyai kelebihan dari segi saiz dan berat kerana lebih kecil dan ringan berbanding DSLR tetapi menghasilkan kualiti imej hampir setanding dengan kamera DSLR. BC berkemampuan untuk melakukan 'superzoom' kerana ianya mempunyai dua lensa yang bergabung dan mempunyai jurang (bridge) di antara dua lensa tersebut menjadikan ia lebih padat/compact. 

Walaubagaimanapun, lensa untuk BC tidak boleh ditukar seperti kamera DSLR dan MSC. Biasanya kamera jenis ini sesuai untuk merakam gambar candid atau merakam video kerana keupayaan superzoom dan sensor yang lebih kecil dari DSLR.

Contoh model: Sony DSC-H2