nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Sunday 2 March 2014

MENGENALI MODE DIAL DALAM KAMERA DSLR (NIKON D3100)

Baiklah, entri kali ini adalah berkenaan mod-mod dalam dial DSLR. Kita akan bermula dengan pengenalan, fungsi sehingga cara mengendalikan DSLR menggunakan setting mod dial yang ditetapkan. 




Paparan pada Nikon D3100

     Gambar di atas adalah paparan skrin pada kebanyakan DSLR yang menunjukkan segala maklumat seperti nilai Aperture, shutter speed, white balance, ISO, Auto-focus dan expose yang lain-lain. Setiap maklumat dalam DSLR sangat penting kerana ianya menentukan hasil imej yang ingin diambil nanti. Contoh gambar di atas hanya untuk Nikon D3100 sahaja. Untuk model lain adalah lain paparan skrinnya. Mengapa saya menggunakan contoh Nikon D3100? Kerana kebanyakkan kamera yang dipinjamkan ke saya untuk kelas ini adalah jenis model tersebut. Jadi saya sudah biasa menggunakannya. Seterusnya, gambar di bawah ini pula adalah mod dial yang seringkali digunakan hampir semua kamera DSLR.

 Nikon

Canon

     Hanya empat mod dial yang akan diterangkan dalam entri ini iaitu Programmed Mode (P), Aperture-priority Mode (A/Av), Shutter-priority Mode (S/Tv) dan Manual Mode (M). Mod-mod tersebut berada dalam lingkaran merah dalam dua gambar di atas. Terdapat banyak lagi mod-mod yang lain tetapi kesemuanya bersifat automatik di mana kamera menetapkan setiap aperture, shutter speed, dan juga ISO. Jadi, mod-mod lain dicipta untuk memudahkan pengguna yang tidak tahu menggunakan kamera DSLR. Kalau anda hanya menggunakan mod-mod tersebut untuk merakam gambar, jadi kamera anda tidak ubah seperti kamera 'point and shoot'.


 1. Programmed Mode (P)
Mod program juga dikenali sebagai mod semi-auto kerana hampir keseluruhan penetapan pada kamera telah disetkan kepada automatik oleh CPU kamera. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menentukan nilai ISO and menukar white balance mengikut keinginan anda. Dalam mod program, kamera secara automatik akan menetukan nilai aperture and shutter speed untuk photographer berdasarkan jumlah cahaya yang masuk ke lensa. 

    Kamera akan berusaha menyeimbangi antara aperture dan shutter speed. Jika photographer mengarahkan lensa ke kawasan yang terang, nilai aperture secar automatik membesar sementara shutter speed ditetapkan pada masa yang lebih pantas. Jika lensa diarahkan ke kawasan yang gelap, nilai aperture akan mengecil untuk bukaan lensa yang besar sementara shutter speed diperlahankan supaya imej tidak terlalu blur. 

     Secara keseluruhannya, mod ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar-gambar yang kasul ataupun ketika anda ingin merakam saat-saat penting dengan kadar segera di mana anda tidak perlu memikirkan untuk mengubah aperture atau shutter speed kamera anda.                                                                                                                                     

2. Aperture-priority Mode (A/Av) 
Mod aperture-priority juga dikenali sebagai mod semi-manual kerana dalam mod ini kita diberi kebebasan untuk menetapkan nilai aperture kamera secara manual. Manakala kamera akan menentukan besar shutter speed sesuai dengan jumlah cahaya yang masuk ke lensa. Dengan menggunakan mod aperture-priority, photographer boleh memiliki kebebasan penuh untuk menetapkan depth of field kerana kita dapat menurunkan atau menaikkan bukaan lensa dan membiarkan kamera menetapkan masa bukaan shutter yang sesuai. 

     Bagaimana mahu mengubah nilai aperture di mod aperure-priority? Caranya dengan mengubah pengukur dial iaitu 'command dial' yang terdapat di kiri viewfinder. Jika kita puterkan dial ke kiri maka nilai aperture mengecil dan jika ke kanan nilai aperture membesar. Dalam mod shutter-priority pula, command dial akan mengubah nilai shutter speed; ke kiri untuk nilai shutter speed yang rendah/lambat manakala ke kanan untuk nilai shutter speed yang tinggi/pantas. 

Command dial (Nikon D3100)


     Secara ringkasnya, mod aperture-priority ini sesuai digunakan apabila anda ingin mengambil gambar permandangan atau landskap atau sekiranya anda ingin merakam gambar dalam keadaan "bokeh" atau blur seperti gambar yang ditunjukkan di bawah. 



Foto dari mod Aperture-priority. 
(Nikon D3000)



3. Shutter-priority Mode (S/Tv)
Mod shutter-priority juga digelar semi-manual seperti mod aperture-priority tetapi bezanya adalah dalam mod ini, kita diberi kebebasan untuk menetapkan hanya nilai shutter speed secara manual. Manakala nilai aperture ditetapkan oleh kamera secara automatik bersesuaian dengan jumalh cahaya yang masuk melalui lensa. Dengan menggunakan mod shutter speed, photographer boleh memiliki kebebasan penuh untuk menetukan masa pembukaan shutter (pengatup) kamera manakala kamera menetapkan bukaan lensa yang sesuai. 

     Ingat lagi pada entri sebelumnya mengenai shutter speed? Semakin tinggi nilai shutter speed (1/250, 1/500, 1/1000....) semakin cepat masa pembukaan shutter kamera, jadi semakin cekap untuk lensa merakam imej pergerakkan subjek. Begitu juga sebaliknya untuk nilai shutter speed yang rendah. 

     Secara amnya, mod shutter-priority ini sesuai untuk mengambil gambar yang berunsurkan subjek yang bergerak. Gunakan mod shutter-priority apabila ingin membekukan gerakan atau ingin mencipta foto blur untuk menunjukkan efek pergerakkan (motion blur).


4. Manual Mode (M)
Dikenali sebagai mod manual, seperti namanya, mod ini memberi kebebasan kepada photographer untuk mengendalikan aperture dan shutter speed kamera secara manual sepenuhnya. Cara mengubah nilai aperture dan shutter speed menggunakan mod ini sama sahaja seperti yang lain dengan "command dial" tetapi ianya hanya mengubah nilai shutter speed sahaja. Jika ingin mengubah nilai aperture pula, ianya perlu disertakan dengan menekan butang aperture bersebelahan butang "info".

Butang Aperture (Nikon D3100)

     Mod manual sesuai digunakan oleh photographer jika beliau sudah benar-benar memahami fungsi aperture, shutter speed dan kaitan antara kedua-duanya. Sekiranya anda adalah seorang photographer yang bijak, semestinya anda memilih mod manual untuk mengambil gambar. Kadangkala bukan semua keadaan subjek dapat difahami oleh kamera dan dalam sesetengah keadaan pencahayaan boleh membuatkan kamera menjadi bingung dalam menetapkan nilai aperture dan shutter speed yang sesuai. Oleh itu dengan menggunakan mod ini, anda boleh memaksa kamera mengubah nilai aperture dan shutter speed mengikut kesukaan anda. 

     Secara keseluruhannya, mod manual berguna di waktu anda mahu mengambil gambar untuk mana-mana situasi landskap atau efek pergerakan atau pabila anda ingin mengambil foto-foto yang menarik, kreatif, unik dan semestinya cantik tertarik. 



Jadi dah faham apa itu mod dial dalam kamera DSLR? Jadi jom kita snap-snap lagi dan lagi!!!

3 comments: