nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Sunday 2 March 2014

ASAS DALAM MEMPELAJARI KAMERA DSLR

Entri kali ini adalah untuk memahami istilah-istilah asas dalam kamera DSLR.
Ada empat asas dalam kamera DSLR untuk difahami dan dikuasai oleh seseorang photographer. Empat asas tersebut adalah Aperture, Shutter speed, ISO dan White balance. 

1. Aperture (Bukaan)
Aperture didefinasikan sebagai pembukaan rongga lensa atau saiz pembukaan lensa sesebuah kamera. Biasanya aperture dibaca dalam ukuran f-stop (contoh f/2.8 atau f5.6). Semakin besar nilai aperture (f20, f30, f48...) semakin kecil ruang rongga lensa. Begitu juga sebaliknya, apabila nilai aperture semakin kecil, maka semakin besar ruang rongga lensa.

Semakin besar nilai aperture semakin kecil ruang rongga lensa



Nilai aperture ini memberi kesan kepada berapa banyak cahaya yang akan masuk ke sensor kamera. Maksudnya, sekiranya saiz pembukaan lensa adalah besar jadi lebih banyak cahaya yang akan memasuki ke sensor. Jadi, apabila banyak cahaya memasuki sensor, ia akan memberi kesan kepada Depth of Field (Shutter speed). Depth of Field ini bermaksud ke dalaman sesuatu lapangan.

Biasanya, lebih besar nilai aperture, lebih tinggi depth of field. Semakin nilai aperture ditingkatkan akan menghasilkan perbezaan kedalaman sesuatu lapangan. Nilai aperture yang rendah menghasilkan imej yang blur di kawasan tertentu tetapi nilai aperture yang tinggi menghasilkan imej keseluruhan yang jelas.

Perbezaan foto yang terhasil apabila nilai aperture ditingkatkan


2. Shutter Speed
Shutter speed adalah jumlah masa atau saat pembukaan shutter (pengatup) dalam kamera DSLR. Ianya adalah waktu dimana sendor kamera menerima cahaya atau melihat subjek setelah shutter kamera dibuka. Shutter speed dibaca dalam bacaan seperti 1/500, 1/15, 1/2 1.5", 3" dll dibaca dalam kiraan saat. 1/500 adalah nilai shutter speed yang tinggi manakala 1/2, 1", 3" adalah nilai shutter speed yang rendah.

Jumlah shutter speed yang tinggi sesuai digunakan untuk mengambil foto freeze motion. Gambar akan menjadi kaku semasa pergerakan sedang berlaku seperti, berlari, kenderaan yang sedang bergerak atau burung yang sedang terbang.

Contoh foto freeze motion

Akan tetapi, apabila nilai Shutter terlalu tinggi seperti 1/1000, jumlah cahaya yang memasuki sensor adalah sedikit kerana masa pembukaan shutter yang sangat pantas. Foto yang terhasil akan menjadi lebih gelap dari biasa. Oleh itu, pemilihan nilai shutter speed hendaklah bersesuaian dengan situasi field tersebut.

Biasanya, nilai shutter speed yang (1", 2", 3"...) sering digunakan dalam situasi yang gelap atau kurang sumber cahaya. Walaubagaimanapun, hal ini menyebabkan foto yang terhasil menjadi blur atau kabur kerana pergerakkan walaupun sedikit oleh tangan yang memegang punat snap. Bagi mengurangkan masalah blur atau kabur tadi, penggunaan tripod amat disarankan supaya kedudukan kamera lebih stabil.

Penguasaan shutter speed yang baik boleh menghasilkan imej-imej yang hebat seperti efek motion blur. Imej motion blur adalah imej yang diingini utntuk menghasilkan objek itu kelihatan seakan-akan bergerak. Motion blur akan terhasil apabila shutter speed ditetapkan mengikut nilai yang sesuai dengan pergerakan objek.

Kesan daripada shutter speed menghasilkan efek motion blur manusia lalu lalang dibelakang subjek



3. ISO
ISO adalah short form untuk International Standard Organization adalah badan utama sesebuah kamera untuk menyeragamkan penilaian sensitiviti sensor kamera. Fungsi ISO adalah mengendalikan kepekaan sensor kamera terhadap cahaya selain daripada aperture. Nilai-nilai ISO di dalam kamera seringkali digunakan kepada 2 kali nilai ISO sebelumnya. Contoh: 100, 200, 400, 800, 1600.

Perbezaan foto yang terhasil dari nilai ISo yang ditingkatkan


Semakin tinggi nilai ISO, semakin sensitif/ peka sensor terhadap cahaya. Nilai ISO terendah adalah sesuai untuk situasi yang terang atau banyak sumber cahaya begitu juga sebaliknya untuk nilai ISO tinggi untuk situasi yang gelap atau kurang sumber cahaya. Akan tetapi, nilai ISO yang terlalu tinggi (contoh 1600) untuk keadaan gelap atau kurang cahaya menghasilkan imej dipanggil Noise atau Grains. Noise/ Grains ini adalah gangguan dalam foto seperti dot-dot kecil dan kekaburan dan ianya dilihat sangat ketara jika foto dizoom lebih dekat. Noise/ Grains juga boleh berlaku dalam keadaan terang apabila terlalu banyak cahaya yang masuk dalam sensor. 



4. White Balance
White balance difahamkan sebagai penerimaan kamera terhadap cahaya di sekitar objek di mana cahaya tersebut mempengaruhi warna dr foto yang dihasilkan. Maksudnya, white banace memberi kesan kepada warna foto yang dihasilkan. Sebelum mendalami white balance dalam setting DSLR, baik memahami dahulu hubungan suhu, cahaya dengan warna.

Baiklah, warna cahaya boleh dikategorikan berdasarkan suhu cahaya dalam skala kelvin.

Suhu warna dalam skala kelvin

Cahaya memiliki suhu warna lebih tinggi akan memiliki lebih banyak cahaya biru (dikenali cahaya sejuk). Manakala, cahaya yang memiliki suhu warna rendah akan memiliki lebih banyak cahaya merah (dikenali cahaya panas). Jadi apakah fungsi White balance (WB) dalam kamera DSLR?





WB setting ada dalam kamera DSLR. Salah satu fungsi WB adalah untuk mendapatkan hasil foto dengan warna yang paling mirip dengan warna asal objek sekiranya dikehendaki. Contohnya apabila anda mahu mengambil gambar pakaian yang peragaan untuk jualan online. Semestinya anda mengkehendaki warna pakaian dalam foto adalah sama dengan warna asal pakaian tersebut. Oleh itu, anda harus mengetahui warna cahaya situasi kawasan lapangan untuk menetapkan WB setting yang betul dalam kamera DSLR. 

Apabila mengambil gambar dalam situasi cahaya lampu mentol atau cahaya lilin yang membawa warna kuning, situasi warna kuning perlu dineutralisasikan warna kuning agar tidak terlalu dominan pada foto yang dihasilkan dengan menetapkan WB setting kepada 3000 K (TUNGSTEN). Hal ini kerana TUNGSTEN menghasilkan warna foto dominan biru maka warna biru dapat meneutralisasikan situasi warna kuning. 

Dalam kamera DSLR, terdapat beberapa simbol yang membantu dalam pemilihan skala warna. Antaranya ialah Tungsten, Fluorescent, Daylight, Cloudy, Flash, Shade dan Auto. 

Simbol-simbol dalam WB setting kamera DSLR

Tungsten/ Incandescent - sesuai pada malam hari dengan sumber cahaya lampu mentol, lilin atau lampu mercury yang berwarna kuning

Fluorescent - dalam situasi dengan pencahayaan lampu neon atau kalimantang atau lampu yang                 bercahaya putih

Daylight/ Direct sunlight - digunakan ketika mengambil foto pada siang hari atau cuaca di mana objek terkena sinaran matahari secara langsung

Cloudy - sesuai untuk cuaca yang mendung

Flash - digunakan apabila mengambil foto dengan lampu flash

Shade - sesuai digunakan pada siang hari atau ada sumber cahaya dimana objek berada disebalik sumber   cahaya tersebut. Contohnya bangunan dan pokok dibelakang cahaya mataha

Auto - automatik (kamera akan menentukan cahaya yang ada disekitar objek berdasarkan program yang   sudah ditetapkan)

Custom - manual (kita boleh menetapkan WB secara manual pada situasi tertentu)


WB setting juga digunakan untuk menvariasikan warna imej foto yang ingin anda rakam. Seperti segelintir mereka menggemarkan suasana sejuk menetapkan tungsten untuk menangkap foto manakala segelintir lagi menggunakan cloudy untuk mendapatkan foto yang lebih redup atau hening. Ia adalah bergantung kepada anda untuk memilih warna foto apa yang anda mahukan. 

Variasi warna foto yang terhasil dari WB setting



Jadi, keempat-empat asas dalam penggunaan kamera DSLR iaitu aperture, shutter speed, ISO dan white balance telah diterangkan mengikut pemahaman saya. Kesemuanya perlu difahami dan dikuasai untuk menghasilkan imej foto yang terbaik. Empat asas inilah yang dipraktikkan oleh seseorang photographer sebagai permulaan menempuh dunia fotografi yang pelbagai seni.

Seterusnya untuk entri yang akan datang saya akan memaparkan hasil foto-foto menggunakan aplikasi empat asas tersebut. Saya menggunakan empat mod dial iaitu M (manual), A (aperture), S(shutter speed) dan P (program) untuk menghasilkan foto-foto tersebut. Terima kasih kepada Dr Jamalludin dan Encik Fuad kerana mengizinkan kami menggunakan kamera DSLR nikon D3000. 
Bertemu kembali di entri akan datang.
Say cheese!! =)






No comments:

Post a Comment