nurhashimahzaba810@blogspot.com

nurhashimahzaba810@blogspot.com

Tuesday 15 April 2014

KOMEN: ASSIGNMENT 2

1. What part of the assignment was most difficult to demonstrate in your photos?   
 Bahagian tugasan yang manakah paling sukar untuk dijelaskan dalam gambar anda?


Kalau ditanya bahagian tugasan yang paling sukar, "Part 1: Basic Composition" adalah bahagian paling sukar sekali untuk dijelaskan. Kenapa? Sebab dalam satu gambar ada bermacam-macam elemen yang boleh ditonjolkan. Jadi tugas saya adalah untuk meneliti setiap gambar dan memikirkan elemen mana antara simplicity, the rule of thirds, lines, balance atau framing yang lebih menonjol. Sebagai contoh lihat gambar di bawah. Saya kategorikannya sebagai gambar yang berunsur balance tetapi ada antara mereka yang memandang sebagai gambar berunsur lines. 

Balance
f/5.6 | 1/125 sec | ISO 100 (NikonD3100@18mm)

Antara lima elemen dalam komposisi, balance (Keseimbangan) adalah elemen yang sukar untuk saya tafsirkan melalui gambar. Saya cuma bahagikan balance kepada simetri dan tak simetri tetapi sebenarnya maksud balance adalah lebih daripada itu. Jadi saya rasa kurang berjaya memberitahu maksud elemen balance melalui gambar yang saya ambil. 


2. Which of your photos do you think was the most successful, and why?

     Antara gambar-gambar anda, yang manakah menunjukkan yang terbaik dan kenapa?


Ada banyak gambar yang baik pada pandangan saya, tetapi sekiranya disuruh memilih, gambar yang terbaik adalah gambar dibawah ini:

 Low Angle View
f/3.5 | 1/160 sec | ISO 1600 (NikonD3100@18mm)


Gambar tersebut simple sahaja. Terlalu ringkas bagi sesetengah orang yang melihat. Tetapi sebab saya suka pada kucing jadi saya sangat suka gambar ini dan gambar ini telah berjaya diambil dengan sekali "shoot" sahaja. Saya berasa gambar ini betul-betul telah berjaya menunjukkan maksud sudut pandang low angle, dan telah berjaya menunjukkan kekuasaan si subjek. 


3. How did this assignment change the way you  view taking picture?
    Bagaimana tugasan ini merubah tanggapan kamu dalam mengambil gambar?


Saya percaya bahawa mendapat gambar yang baik atau kurang baik bukan bergantung kepada nasib seseorang. Jadi, mengambil sesuatu gambar mestilah ada seni dan tekniknya. Itu yang pasti. Anda haruslah bijak dalam menentukan posisi, sudut pandang, jarak dan komposisi yang sesuai untuk mengambil gambar subjek. Kalau main tangkap gambar tanpa ubah posisi, sudut, jarak bagaimana mahu mendapat gambar yang unik dan menarik?



4. Others thoughts on the process.
   
 Pandangan lain sepanjang proses.


Banyak yang saya pelajari sepanjang proses tugasan ini. Daripada saya yang dahulunya tidak tahu menggunakan kamera DSLR sehingga tahu fungsi dan cara mendapatkan gambar yang menarik. Saya mengaku dahulu saya tidak suka mengambil gambar kerana tidak pandai dan berpendapat bahawa saya seorang yang tidak kreatif. Tetapi rupanya teknik mendapat gambar yang menarik boleh diajar dan diaplikasikan oleh semua orang. Bersyukur saya mempelajari subjek ini.



5. Picture quotes.    
  kata-kata hikmah 

The best images are the ones that retain their strength and impact over the years, regardless of the number of times they are viewed."~ Anne Geddes (1956)


"If a picture is worth a thousand words, then the imagination is worth a thousand pictures."~  J.E.B. Spredemann


"A picture is a secret about a secret, the more it tells you the less you know." ~ Diane Arbus

No comments:

Post a Comment